Wednesday, 21 November 2012

BAB 4:SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA


KONSEP & PEMBAHAGIAN ETIKA
  • Etika merupakan satu sistem kepercayaan berasas moral yang diterima untuk mengawal tingkah laku manusia.
  • Perkataan etika berasal dari Greek iaitu ethos (character @ perangai).
  • Mores (perkataan latin) yang permaksud moral turut melibatkan character @ perangai.
  • Berdasarkan perspektif ilmu falsafah,etika digolongkan dalam falsafah moral yang membincangkan  hal-hal moral,adab dan nilai dalam tingkah laku manusia.
  • Istilah tiket ( etiquette) tingkah  laku atau tatacara yang baik dalam sesuatu situasi sosial.
  • Etika terbahagi kepada 3bahagian:
 (1 )     ETIKA META (META ETHICS)
-Meta bermaksud " di sebalik apa yang di lihat dengan mata kasar ". Iaitu persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan yang melibatkan metafizikal, psikologikal dan linguistik.
-Etika agama dan etika deskriptif membincangkan sistem moral pelbagai agama dan fahaman. cth- etika islam menekan kepada kerangka matlamat penciptaan manusia dan peranan wajib Muslim dalam kehidupan individu dan masyarakat. Ianya menegaskan :
    (1)Tanggungjawab sebagai Hamba Allah.
    (2)Tanggungjawab sebagai Khalifah Allah.
    (3)Tanggungjawab sebagai Dakwah. 

    2. ETIKA NORMATIF ( NORMATIVE ETHICS) 
-Etika normatif membuat kritikan dan melakukan pernilaian ketas etika moral seterusnya mencadangkan satu sistem standard untuk semua.
-Ianya berasaskan keupayaan dan penakulan akal.
-Teori  deontologikal  menilai baik atau buruk sesuatu berdasarkan tindakkan.
-Teori teleogikal menilai baik-buruk berdasarkan kesan tindakkan.


       3. ETIKA GUNAAN (APPLIED ETHICS) 
 -Membincangkan isu-isu  khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan dan penguruan.                                   


Aliran-aliran Etika

a) Utiliarianisme
- Konsep utilitarianisme menegakkan fahaman bahawa segala keputusan yang dibuat
bergantung kepada hasil yang diperoleh daripada pelaksanaanya.
- Matlamatnya adalah untuk memberikan kebaikan tertinggi kepada beberapa ramai orang.
- Pengasas konsep tersebut ialah Jeremy Bentham (1748-1832). Beliau telah
menghasilkan alat ukur untuk mengukur kebaikan yang dikenali sebagai, Kalkulus
Hedonistik Bentham.

b) Hedonisme
- Perkataan berasal drp Greek yg berasal drpd “hedo” bererti keseronokan.
- Hedonisme adalah falsafah yg menunjukkan tahap kebaikan paling tinggi kerana
bermatlamatkan keseronokkan.
- Falsafah ini muncul drpd pertikaian ttg konsep kesronokan dan kesengsaraan.

c) Eksistensialisme
- Jean Paul Sarte merupakan tokoh eksistensialis.
- Beliau telah menghasilkan karya ‘Being and Nothingness, beliau menyatakan bahawa
kewujudan mendahuli manusia. Ini menjelaskan bahawa manusia terjadi tanpa ada
penciptanya.

AKHLAK ISLAM 

  • Definisi akhlak yang terpuji pada pandangan tokoh Tasawuf ialah perangai yang menyenangkan, lemah lembut dalam pergaulan, berseri wajah, sedikit prselisihan dan baik percakapan. Pengertian Tasawuf ialah akhlak yang mesti dipraktikkan oleh setiap individu yang sejati. Tasawuf bukan teridiri daripada resam dan ilmu tetapi ia adalah akhlak. 
  • Pendidikan akhlak menghapuskan akhlak buruk yang ada pada diri seseorang. Kaedah pembentukan akhlak adalah bermula dengan memberi tumpuan kepada adab-adab seharian sehingga menjadi suatu kebiasaan atau rutin harian yang mudah.
  • Faedah akhlak mulia adalah meningkatkan martabat seseorang di sisi Allah S.W.T..Disamping itu, dapat menyampaikan cita-cita seseorang. Akhlak juga menjadi bentang yang kukuh dan jalan yang mudah untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.   
Gaya Pembentukan Akhlak  Oleh Imam Al-Ghazali

Terdapat 4 kaedah untuk membentuk akhlak mulia iaitu:
  1. Sentiasa bergaul dengan guru.
  2. Mencari teman yang benar-benar dapat mengawasi dan menegur perbautan yang buruk.
  3. Mendengar dan memerhati segala kekurangan diri yang dilontarkan oleh pihak musuh.
  4. Menggauli manusia dengan mengawasi sifat-sifat yang tercela dan mengambil pelajaran untuk memperbaiki diri sendiri.